Tuesday 7 June 2011

Hiasan dunia (episod 2)

Bismillah.


"Hoh, kau buang tebiat ke apa ni?" Hasyim menempelak Hafiz.


"Eh apasal pulak? salah ke aku ada perasaan kat dia?" Hafiz mempertahankan rasa hatinya.


Hasyim memandang sahabat baiknya itu, seraya bertanya, "dia belajar kat UPSI kan? kau tau apa maksud UPSI tu?"


Hafiz tersengih, lalu menjawab, "lerh. . . Universiti Pendidikan Sultan Idris la kan?"


"SALAH. itu nama rasmi aje. kalau kau nak tahu, UPSI stands for Universiti Pertemuan Suami Isteri. aku rasa yakin sangatlah, gadis idaman kau tu dah jumpa calon dia kat UPSI. kau jangan nak mimpilah," Hasyim berkata penuh semangat.


Hancur lebur hati Hafiz tatkala mendengarnya. dia pun ada terfikir juga, gadis bak bidadari itu takkanlah tiada teman istimewa lagi. mesti ramai yang mahu memenangi cintanya, tinggal untuk dipilih saja yang mana berkenan di hati si gadis.


"Kesian kau aku tengok. dah-dah, jom tengok wayang. X-Men baru dah keluar," Hasyim mengajak sahabatnya itu. Hafiz hanya mengangguk tanda setuju.


BERSAMBUNG...
******************************

Saturday 14 May 2011

Hiasan dunia (episod 1)

Bismillah.


Lelaki muda itu namanya Hafiz.


Dia ini hanya manusia biasa. 


Tak mampu menghalang perasaan mahabbah dan mawaddah terhadap seseorang yang bergelar wanita.


Jauh sekali untuk memadamnya. dia hanya mampu mengawal hati agar tidak memperjudikan imannya untuk nafsu.


******************************


Salahkah kalau dia mudah berperasaan terhadap orang lain?


Islam kata tidak salah, asalkan mengikut syariat. jangan sampai dosa dibuat. suruhan Allah kena taat.


Sudah lama dia terpegun dengan seorang gadis di tempat dia bekerja. guru muda itu 


cantik


kecil molek


bertudung labuh


sopan santun.


dan paling penting, pemalu.


BERSAMBUNG...
******************************

musuhkah aku?

Bismillah.


Lelaki muda itu berhasrat untuk usha-usha email malam itu. tiba-tiba dia perasan, ada seorang sahabat lama nampaknya sedang online.


Sengaja lelaki itu menekan ikon "BUZZ". ala-ala cuit bahu versi alam maya.


Namun tiada jawapan. ditekannya lagi ikon tersebut sekali lagi. dan sekali lagi. namun empunya badan di sana masih terus membisu.


Ok. lelaki itu pun offline. berkecil hati mungkin.


******************************


Malam ini terasa ingin berFacebook pula. lalu dicapai lappy serta broadband nya. 


Eh? kelihatan sahabat lamanya online chatting malam itu. mungkin dia tak perasan BUZZ lelaki itu tempoh hari? apa kata tegur di facebook pula. monolog lelaki itu sendirian penuh harapan.


Sekadar memberi salam dan bertanya khabar. 


Namun masih tiada berbalas.


Ok. lelaki muda itu mula faham. tiada lagi kemesraan seperti dulu antara dia dan temannya itu.


Dulu memang ada cerita antara mereka. cerita tentang harapan dan perasaan. namun atas sebab tertentu, mereka berdua menyerahkan segala-galanya kepada jodoh Ilahi. biarlah waktu yang ada ini, diguna sebaiknya untuk menggapai cita-cita terlebih dahulu.


Dengar cerita, sahabat lamanya itu kini sudah berpunya. orang hebat juga. seorang belajar di Timur, seorang pula di Barat. ya, lelaki itu faham.


Namun kenapa sampai dilayan macam musuh pula? 


Ok. tak mengapa. 


"Jangan risau. aku tak akan singgah lagi ke situ. aku tahu tiada ruang lagi untukku di situ. di hati kamu. assamualaikum teman."

a new story unfold

Assalamualaikum
Bismillah wal Hamdulillah

     Ini entri pertama, so hanya nak introduce. blog ini insyaAllah akan diolah dengan kisah-kisah yang memaparkan rasa hati penulis, menurut peristiwa-peristiwa yang dilalui hari demi hari. 
     Rasa hati itu kadang-kadang rahsia peribadi. kadang-kadang perlu juga dikongsi. untuk diambil dakwat yang positif, lalu digubah menjadi pena melukis hidup dengan kreatif. semoga bermanfaat untuk semua. jika tidak ada sekalipun, membaca untuk melepaskan lelah pun tak mengapa. :-)